Monday, January 25, 2010

Al - Fatihah - Tun Ghazali Shafie


Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini kira-kira jam 2.30 petang tadi. Menyorot kembali penglibatan Allahyarham dalam dunia politik bermula dengan menyertai Persatuan Melayu Pahang pada 1946 sebelum memasuki UMNO. Pada tahun 1958 beliau dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Politik UMNO sehingga 1978 dan pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan merupakan Naib Presiden UMNO pada 1981.

Sumbangan Allahyarham dalam pembangunan dan kemajuan negara sememangnya tidak dapat dinafikan termasuklah melalui perkhidmatannya dalam kabinet yang bermula pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas (1970), kemudiannya sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dan Penerangan pada April 1972.

Dalam hal ini, beliau terlibat secara langsung merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.

Kemudiannya, Allahyarham dilantik ke jawatan Menteri Dalam Negeri dan Penerangan, di mana jawatan Menteri Dalam Negeri itu dipegangnya sehingga Julai 1981 apabila beliau bertukar ke jawatan Menteri Luar dari Julai 1981-Julai 1984.

Allahyarham juga pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk berperanan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.

Selain itu, peranan beliau yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia.

Sesungguhnya sumbangan beliau kepada Negara tidak ternilai.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatasnya - Al Fatihah

No comments:

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembaramalah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama danilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabahdapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996