UMNO

Agak gusar bagi saya mengenangkan keadaan parti keramat yang mewakili majoriti orang melayu ini, Bekas Presidennya sudah keluar daripada parti, Presidennya tidak tahu malu, Timbalannya malu - malu alah, Naib Presidennya satu tak banyak cakap, satu lagi kejap berani kejap takut, Ketua Wanitanya tak sedar diri, Naibnya dah kena tambat hidung, Ketua Pemudanya Isu Keris sedih aku, Naibnya lebih kuah dari sudu, MT ( buat - buat tak paham ), Ketua Bahagian emmm takut hilang jawatan, alinya haru biru...kat cawangan...apalah lagi yang nak kita harapkan demi perjuangan orang melayu, sesungguhnya PakLah kamu berada didalam keadaan dimana kamu membelakangkan prinsip perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair, kepentingan diri sendiri melangkaui pentingan rakyat...bayangkan anak cucu kita sudah tidak ada Umno yang perkasa pada masa hadapan..
merempatlah kami dinegara sendiri akibat sengketa bangsa...wallahualam
Aku itu Umno, Umno itu Aku..........
Perjuangan Yang Belum Selesai
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembaramalah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama danilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabahdapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir MohamadMei 1996
2 comments:
bro, mari sama-sama kita ubah dengan apa-apa yang termampu kita lakukan..
saya setuju saudara azli...semoga kemenangan dipihak yang benar...
Post a Comment