Sunday, June 1, 2008

Kesetiaan kepada UMNO

Friday, May 23, 2008

Kesetiaan kepada UMNO
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO. 2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur. 3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya. 9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden. 10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya. 11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO. 13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO? 14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO. - Tun Mahathir

Bronaga - Umno memang masih relevan tapi segelintir pemimpinnya sahaja yang sudah tidak relevan

No comments:

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembaramalah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama danilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabahdapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996