Tuesday, June 17, 2008

Peralihan Kuasa!?

Agak - agaknya terlalu bodohker rakyat khususnya ahli UMNO untuk percaya bahawa pengumuman tentang peralihan kuasa yang ntah ada ntah tidak kepada Datuk Najib, janganlah sekadar nak sedapkan telinga kami saja, kami inginkan tarikh tarikh tarikh paham tak Tuan Presiden? Buat kata Tun " Najib tunggu apa lagi "

7 comments:

azlishukri said...

saya percaya tidak akan ada peralihan kuasa..

bronaga said...

saya setuju saudara azli nasib bangsa dan agama kita dikorbankan oleh ego paklah, apalah dosa kita semua mendapat pemimpin yang buta mata dan hati, wallahualam

Akar Umbi said...

Lebih kepada nak senyapkan kita semua supaya tak bantai dia.

NieZearm said...

berani ke tinggalkan masalah serta tanggung jawab. buatlah klau nk terima kutukan dari semua pihak.

bronaga said...

lebih baik tinggalkan masalah untuk orang lain menyelesaikan masalah daripada masalah bertambah-tambah jam...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Orang berkuasa tidak suka untuk turun dari kuasa ketika dibenci.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/

Anonymous said...

aku sokong benar kalau dolah turun....
dolah mmg xde bakat untuk menjadi seorang pemimpin yg baik... tpi aku pasti dolah xkan hendak turun begitu sje....

Perjuangan Yang Belum Selesai


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajahTidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembaramalah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama danilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabahdapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996